Friday, July 31, 2020

CIKGU BOY ZAMAN MUDA

Gambar zaman muda guru utama (Cikgu Boy) bersama arwah Pak Mat Kedidi dan pengamal buah pukul.









MENAMBAH KEMUDAHAN DI GELANGGANG

Semasa tempoh PKP tiada sebarang latihan diadakan di gelanggang. Oleh kerena sedikit kelonggaran telah diberikan untuk aktiviti di dalam dewan. Maka latihan silat tanpa sentuhan adalah dibenarkan. Atas perkara itu sedikit penambahan kemudahan di gelanggang telah dibuat sebelum pembukaan semula latihan di gelanggang dilaksanakan. Kemudahan yang ditambah adalah tikar seluas 240 cm x 150 cm dengan ketebalan 1.2 cm telah diletakkan disebelah kiri dan kanan kawasan latihan sedia ada. Kos adalah hampir RM 700 dan ditanggung oleh persatuan. Berikut adalah video yang menunjukkan kemudahan baru dan lama di gelanggang Seni Gerak Warisan Lian.



LAWATAN DAN LATIHAN BERSAMA CIKGU BOY

Pada 28/7/2020 lebih kurang pada pukul 930 malam kami berkesempatan melawat guru utama Seni Gerak Warisan Lian (Cikgu Boy) bagi bertanya khabar, mendengar nasihat dan tunjuk ajar berkaitan buah pukul daripada beliau. Disamping untuk mengambil banner promosi persatuan yg telah siap dibuat atas ehsan Cikgu Boy. Antara yang hadir adalah Cikgu Omar, Yusmady, Nasai, Che Mok polis, Syuk Ejen 005 dan Hafiz polis. Sekira-kira selesai dalam pukul 1 pagi. Alhamdullillah naik semangat kami dalam mempelajari seni buah pukul dan juga dalam menyambung seni warisan ini.