Sunday, December 20, 2020

CUCU SAUDARA SYUK (EJEN 005) BELAJAR LIAN

Cucu saudara En. Syukri (Ejen 005) belajar lian. Semoga lebih ramai anak-anak mempelajari seni bela diri ini.



LATIHAN MINGGUAN BERSAMA CIKGU BOY

 Alhamudullillah..minggu ini, Guru Utama PSGWL berkongsi ilmu dengan kami dan memperbetulkan latihan jurus dan lian kami semua.









Friday, December 18, 2020

MAJLIS TAHLIL KALI KE 2

 Alhamdullillah..hari ini kami ke majlis tahlil arwah ibu mertua Cikgu Boy buat kali kedua. Sampai lambat sikit memandangkan kesesakan jalan yang berlaku. Antara yang hadir adalah En Hafiz, En. Halim dan anak, En. Syukri Ejen 005, En. Helmi Fitri, En. Hilmi Zulqarnain dan En. Yusmady.




Sunday, December 13, 2020

MAJLIS TAHLIL ARWAH IBU MERTUA CIKGU BOY

 Semoga rohnya dicucuri rahmat....Antara yang hadir ke Majlis tersebut adalah En. Wan Norhisyam, En. Asrul Polis, En. Hafiz, En. Omar, En. Syukri (Ejen 005), En. Aiman dan En. Yusmady.





Saturday, December 12, 2020

LATIHAN DI GELANGGANG BARU PADA MINGGU KE DUA

 Alhamdullillah...nampak meriah dan hidup gelanggang baru persatuan. Ramai juga yang turun kali ini iaitu gandingan ahli lama dan ahli baru. Latihan kali ini di terajui oleh jurulatih-jurulatih di kalangan ahli khatam iaitu En. Hafiz, En. Omar, En. Aiman dan En. Yusmady. Kehadiran yang ramai... alhamdulillah. Dikalangan ahli lama terdiri daripada En, Hafiz, En. Omar, En. Aiman, En. Halim, En. Zaynal, En. Amirool, En. Saiful, En. Amir coach, En. Nasaei dan En. Yusmady. Dikalangan ahli baru pula adalah En. Helmi Fitri, En. Helmi Zulkarnain, En. Aiman (Anak En. Halim), En. Mukriz, En. Wan Norhisham dan En. Asrul. Jumlah yang hadir adalah 16 orang ahli. Semoga jumlah ini terus bertambah. Berlatih tanpa jemu sehingga khatam..sehingga faham apa yang dipelajari. Apa yang penting latihan adalah untuk diri kita sendiri. Inshaallah..sampai masa dan ketika, kita akan guna apa yang dipelajari dan dilatih dengan izin dari ALLAH yang Maha Kuasa. 

Latihan kali ini tidak dapat dihadiri oleh Guru Utama Cikgu Boy disebabkan beliau menerima berita kematian Emak Mertua beliau. Semoga roh arwah dicucuri Rahmat dan di tempatkan di dalam Syurga. Semoga Allah memberikan ketabahan dan kemudahan kepada Cikgu Boy. 









PERJUMPAAN GURU UTAMA PSGWL (CIKGU BOY) DENGAN GURU-GURU DARI PAHANG DI GELANGGANG PUKULAN TEPAT MELAKA.

Perjumpaan Cikgu Boy dengan guru-guru dari Pahang bertempat di gelanggang Cikgu Aziz iaitu guru utama Persatuan Seni Silat Pukulan Tepat Melaka.  Guru-guru dari Pahang yang datang ke Melaka semasa perjumpaan tersebut adalah Cikgu Arop dari Arop Self Defence Pahang dan Cikgu Nazri Along bersama pengikut masing-masing.



Cikgu Nazri Along, Pengikut 1, Cikgu Aziz, Cikgu Boy, Cikgu Arop, Pengikut 2


PEMASANGAN METER AIR DI GELANGGANG BARU SELESAI

 Alhamdullillah...selesai sudah pemasangan meter air di gelanggang baru pada hari sabtu 12/12/2020. Kos adalah sekitar RM 600. Tidak lagi perlu menumpang penggunaan tandas di tempat lain. Semoga memberi keselesaan kepada semua yang berlatih di gelanggang persatuan.



Sunday, December 6, 2020

BAIKI PAIP DAN SINKI DI GELANGGANG

Hari ini selesaikan pembaikian paip dan sinki digelanggang sebelum pemasangan meter air dibuat digelanggang. Minta En Din dari UTeM untuk membuat pemasangan dengan harga yg mampu. Diharap kelak boleh bagi kelesaan kepada ahli dan mereka yg akan menggunakan gelanggang persatuan.





LATIHAN BERMULA DI GELANGGANG BARU

 Alhamdulillah, pada 5/12/2020 kami telah memulakan kelas dewasa di gelanggang baru di rumah kedai Taman Ayer Keroh Heights Melaka. Kira-kira 12 orang ahli persatuan telahbturun berlatih. Guru utama juga turut serta turun ke gelanggang bagi berkongsi ilmu dan memberi galakan kepada ahli-ahli. Terdapat 2 ahli baru telah mendaftar iaitu En Helmi Zulkarnain dan En. Helmi Fitri.







Saturday, November 7, 2020

SETUP GELANGGANG BARU HARI KE 2

 Hari ini sambung sikit lagi setup gelanggang. Aktiviti hari ini....tukar tombol...pasang langsir..pasang tikar...susun alat2...susun sparring gear..etc.









Friday, November 6, 2020

GOTONG ROYONG BERSIH GELANGGANG

 Alhamdulillah...semalam dokumen sewaan permis telah ditandatangan oleh pemilik. Kunci pun telah diserahkan kepada setiausaha persatuan. Maka pada hari ini 7/11/2020 kira-kira pukul 9 pagi kami berkesempatan membersih dan mengemas gelanggang baru persatuan kami. Antara yg turut serta adalah En Omar, En Hafiz polis, En Aiman, En Syukri ejen005 dan En Yusmady. Kami berharap persatuan ini akan maju di masa akan datang. Amiiin.














Tuesday, November 3, 2020

PROGRAM "SAYA TAHU, SAYA KONGSI" PERPUSTAKAAN LAMAN HIKMAH UTEM

Berikut video berkaitan teknik asas beladiri bagi melepaskan diri yang telah dibuat pada bulan September kalau tak silap. Video ini boleh ditonton di channel youtube laman hikmah UTeM.



Sunday, November 1, 2020

LATIHAN BUAH OLEH AIMAN DAN AMIROOL BERSAMA CIKGU BOY

Kebetulan Cikgu Boy free malam ni. Hanya Aiman dan Amirool yang sempat bertandang ke rumah Cikgu Boy. Nah inilah hasilnya...:). Semoga Cikgu Boy dirahmati ALLAH kerana tidak jemu mencurahkan ilmu buah pukul...terbaik. Walaupun kitaorang ni banyak dah keras urat...:).



BUAH PUKUL DENGAN ORANG KAYU

Antara latihan yang boleh dibuat berseorangan bagi melatih kecepatan pergerakan tangan dan kaki adalah menggunakan orang kayu. Namun yang terbaik adalah berlatih bermain buah pukul dengan orang sebenar. Dapat rasa sakit ...barulah dikatakan nikmat belajar buah pukul. Tangan keras pun dapat, biasa dengan serangan sebenar pun dapat dan boleh belajar tahan sakit serta serangan mengejut tanpa rancang.



SYUK (EJEN 005) BERAKSI LAGI...UNTUK PERSEMBAHAN DEPAN PENGANTIN

Seperti biasa salah seorang ahli persatuan En. Syukri (Ejen 005) mempersembahkan gerakan lian bagi persembahan di majlis perkahwinan.



Thursday, October 29, 2020

MESYUARAT BIL 3/2020

Hari ini 29/10/2020 dilaksanakan mesyuarat persatuan bil 3/2020. Antara yang hadir adalah Cikgu Omar, En. Halim, En. Amirool, En. Saiful, En. Syukri (Syuk Ejen 005) dan En. Yusmady. Antara perkara yg dibincangkan adalah berkaitan lawatan ke Endau, laporan berkenaan gelanggang baru dan kos wooden dummy utk gelanggang baru.





Monday, October 26, 2020

PERJALANAN MENCARI GELANGGANG BARU 2

Pada hari Sabtu 24/10/2020, kami mendapat berita baik tentang kekosongan rumah kedai yang bakal disewakan oleh En Asyraf Rohaizat yang juga merupakan pelajar Cikgu Boy semasa di Semabok.







PERJALANAN MENCARI GELANGGANG BARU #1

 Pada hari Jumaat 23/10/2020, kamu menuju ke gelanggang Cikgu Huzaifah bagi melawat gelanggang beliau.