Thursday, October 29, 2020

MESYUARAT BIL 3/2020

Hari ini 29/10/2020 dilaksanakan mesyuarat persatuan bil 3/2020. Antara yang hadir adalah Cikgu Omar, En. Halim, En. Amirool, En. Saiful, En. Syukri (Syuk Ejen 005) dan En. Yusmady. Antara perkara yg dibincangkan adalah berkaitan lawatan ke Endau, laporan berkenaan gelanggang baru dan kos wooden dummy utk gelanggang baru.





Monday, October 26, 2020

PERJALANAN MENCARI GELANGGANG BARU 2

Pada hari Sabtu 24/10/2020, kami mendapat berita baik tentang kekosongan rumah kedai yang bakal disewakan oleh En Asyraf Rohaizat yang juga merupakan pelajar Cikgu Boy semasa di Semabok.







PERJALANAN MENCARI GELANGGANG BARU #1

 Pada hari Jumaat 23/10/2020, kamu menuju ke gelanggang Cikgu Huzaifah bagi melawat gelanggang beliau.















Tuesday, October 20, 2020

PINDAH GELANGGANG

Pada 19/10/2020, kene pindah gelanggang sementara waktu kerana pihak pengurusan dewan yang digunakan oleh persatuan telah berubah. perlu penuhi procedur baharu. Kelas anak-anak bermula di dewan ini pada sekitar 31/3/2019. Kelas dewasa juga sekitar tarikh tersebut. Ada kemungkinan perlu mencari gelanggang yang baru. Sempat guna dewan untuk latihan persatuan selama kira-kira 19 bulan (1 tahun 7 bulan). Semoga ALLAH mudahkan segalanya.

Saturday, October 10, 2020

MEMENUHI JEMPUTAN MAJLIS PERKAHWINAN ADIK AHLI PERSATUAN

Hari ini kami memenuhi jemputan perkahwinan adik kepada salah seorang ahli persatuan Seni Gerak Warisan Lian iaitu Syuk (Ejen 005). Di majlis ini dilaksanakan juga pertunjukan solo gerakan lian dari Syuk sendiri. Berikut adalah gambar-gambar dan video di majlis tersebut.

Syuk dengan pengantin
Syuk dan Abang Halim

Syuk bersama coach-coach dari Melaka Fit Club 8020


Syuk dan Yusmady






Sunday, October 4, 2020

Sesi Bergambar Syuk dan Geng Melaka Fit Club 8020

Walaupun dengan hanya bergambar diharap ini juga merupakan sedikit sebanyak sumbangan kepada persatuan Seni Gerak Warisan Lian. Paling kurang bertambah orang yang mengetahui tentang kewujudan persatuan Seni Gerak Warisan Lian di Melaka ini. Terima Kasih diucapkan kepada Syuk Ejen 005 ...:). Berikut merupakan sesi bergambar dengan geng Melaka Fit Club 8020 di Kg Kandang. Mungkin akan datang boleh dibuat demo pada geng Melaka Fit Club 8020 pula sebagai promosi kepada Seni Gerak Warisan Lian.



PENGAJARAN DAN LATIHAN MINGGUAN BUAH PUKUL

Alhamdullillah..latihan kali ni meriah sebab ramai yang turun. Rutin latihan adalah pada hari Sabtu pukul 915 malam lepas solat Isyak. Bagus muda-muda dah belajar dan berminat dengan buah pukul suatu seni yang harus dipelajari bagi membela agama, bangsa, keluarga dan diri. Mereka-mereka yang turut hadir semasa latihan kali ini adalah Cikgu Omar, Yusmady, Hilmi, Coach Amir, Amirool, Syuk Ejen 005 dan Saiful CTRM.


Dari kanan: Amirool, Saiful, Cikgu Omar, Syuk Ejen 005, Yusmady, Coach Amir, Hilmi