Monday, January 27, 2020

SEMINAR BELADIRI: LIAN SINGKIR

Seminar Seni beladiri anjuran Persatuan Seni Gerak Warisan Lian telah diadakan dengan jayanya pada ketetapan berikut:

Seminar Beladiri: Lian Singkir
Tarikh: 26 JANUARI 2020
Tempat: Gelanggang PSGWL Kg, Tun Razak, Bukit Katil, Melaka

Kursus ini adalah khas untuk ahli-ahli khatam bagi memahirkan diri dengan lian-lian singkir dan buah-buah lian singkir. Seminar ini diajar sendiri oleh Guru Utama Persatuan Seni Gerak Warisan Lian iaitu En. Norhizad (Cikgu Boy). Penyertaan kali ini hanya melibatkan 4 orang ahli khatam sahaja iaitu En. Omar Shariff, En. Hafiz Kamaruddin, En. Amirul Aiman dan En. Yusmady.

Cikgu Boy paling awal datang ke gelanggang. Memang terbaik. Inilah antara ciri-ciri seorang guru yang berdedikasi, mementingkan masa dan mempunyai semangat yang tinggi dalam mengembangkan warisan lian ini. Diharap semua ahli-ahli dapat mengambil contoh yang baik ini bagi memajukan diri.

Bersarapan ringkas iaitu nasi lemak, kuih muih dan teh kosong sebelum memulakan latihan.

Seminar lian singkir ini dimulai dengan sedikit taklimat dari Cikgu Boy.

Cikgu Boy menunjukkan kepada peserta gerak lian singkir iaitu Singkir Terpa-Turut, Singkir Pucuk Rebung-Balik Hadap dan Singkir Olahan.

Latihan bersama Cikgu Boy sesi pagi.

Latihan bersama yang diketuai oleh En. Hafiz sambil diperhatikan oleh Cikgu Boy.

Latihan bersama Cikgu Boy pada sesi petang.

Sesi aplikasi buah singkir yang ditunjukkan oleh Cikgu Boy kepada En. Aiman.

Sesi aplikasi buah singkir yang ditunjukkan oleh Cikgu Boy kepada En. Omar.

Rehat sebentar dan makan tengahari berlaukkan ayam masak merah, pisang dan air sirap sebelum menunaikan solat zohor berjemaah di Masjid Kg. Tun Razak.

Sesi petang diterangkan oleh Cikgu Boy tentang titik-titik berbahaya pada badan untuk dijaga dari diserang musuh atau digunakan apabila menyerang musuh. Terdapat 7 titik di kepala (Makam 7) dan 14 titik pada badan. Jumlah kesemuanya adalah 21 titik.

Penyampaian Saguhati kepada Cikgu Boy oleh En. Omar.

En. Omar menerima sijil penyertaan seminar lian singkir daripada Cikgu Boy.

En. Hafiz menerima sijil penyertaan seminar lian singkir daripada Cikgu Boy.

En. Aiman menerima sijil penyertaan seminar lian singkir daripada Cikgu Boy.

En. Yusmady menerima sijil penyertaan seminar lian singkir daripada Cikgu Boy.

Sesi bergambar formal. Dari kanan: En. Yusmady, En. Hafiz, Cikgu Boy, En. Omar dan En. Aiman.

Sesi bergambar dengan gaya bebas.

Sesi bergambar dengan Ejen 005 :).

Diharap ilmu Lian Singkir yang diajar oleh Cikgu Boy ini dapat diamalkan bagi membela Maruah  Diri, Keluarga, Rakan Seperjuangan, Bangsa dan Agama. Terima Kasih Banyak-Banyak Cikgu Boy atas ilmu yang dicurahkan. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas dengan balasan yang setimpal di Akhirat kelak. Amiiin.


Sunday, January 19, 2020

MAJLIS PENYERAHAN BENGKUNG PUTIH DAN SIJIL

Majlis telah berlangsung pada 19/1/2020 yang bermula pada 900 pagi bertempat di gelanggang persatuan seni gerak warisan lian bukit katil.

VIDEO PERJALANAN MAJLIS

VIDEO PERSEMBAHAN

KEHADIRAN UNDANGAN DAN PENERIMA BENGKUNG

Cikgu Omar antara yang terawal datang selaku pengerusi Persatuan Seni Gerak Warisan Lian.

Sabar menunggu :). Dari kiri En. Kamarul, En. Nasaei dan anak, En. Mohd Zaidi, En. Ahmad sekeluarga dan En. Norazmmi.

Pn Nor Hayati dan Muhammad Mustaqim, En. Mohd Haizal dan keluarga, En Syahrazi antara ibubapa yang senantiasa menyokong aktiviti beladiri anak-anak.

Barisan anak-anak yang bakal menerima sijil dan bengkung putih di majlis ini.

UCAPAN DARI GURU UTAMA DAN PENGERUSI PERSATUAN

En. Norhizad (Cikgu Boy) memberi sepatah dua kata ditemani oleh Cikgu Omar selaku pengerusi persatuan.


Bakal penerima bengkung putih mendengar ucapan dari Guru Utama Cikgu Boy.

Ibubapa yang turut tekun mendengar ucapan.

Barisan ibubapa yang hadir bagi memberi sokongan kepada anak-anak mereka. Memang terbaik pengorbanan kalian semua demi anak-anak.

PESEMBAHAN

Persembahan dimajlis ini dilaksanakan oleh Jurulatih gelanggang bukit katil (En. Yusmady) yang mempersembahkan gabungan gerakan buah tunggal dan juga permainan tekpi. Persembahan kedua dilakukan oleh En. Kamarul selaku Jurulatih gelanggang Tampin yang mempersembahkan gabungan gerakan lian. Persembahan ini adalah bagi menceriakan majlis dan juga untuk memberi semangat kepada anak-anak dalam mempelajari Seni Beladiri Warisan.

Jurulatih Gelanggang Bukit Katil

Jurulatih Gelanggang Tampin

MAJLIS PENYERAHAN BENGKUNG DAN SIJIL

Anak-anak yang telah lulus ujian peringkat jurus dan berjaya menerima bengkung putih. Tahniah diucapkan.

Penyerahan bengkung dan sijil oleh En. Norhizad (Cikgu Boy) dengan dibantu oleh Cikgu Omar dan En. Hafiz kepada En. Nasei.

Antara anak-anak (Luqman Arief) yang menerima sijil yang diserahkan oleh En. Norhizad (Cikgu Boy).

Satu anugerah yang sangat bernilai. Anak-anak (Al-Hasyir) dipakaikan bengkung sendiri oleh Guru Utama Persatuan (Cikgu Boy) yang merupakan simbolik harapan yang tinggi supaya legasi Warisan Laian diteruskan oleh generasi muda akan datang. 

JAMUAN MAKAN

Jamuan makan yang ringkas tetapi bermakna juga disediakan oleh persatuan untuk para pelajar dan juga ibu bapa.

Pembahagian makanan kepada para penerima bengkung. Kena berbaris barulah berdisiplin :). Diagihkan oleh En Yusmady selaku jurulatih gelanggang Bukit Katil dan dibantu oleh En. Nasaei selaku Timb. Setiausaha persatuan.

Anak-anak (Muzhaffar, Muzzammil, Harraz, Al-Hadif dan Al-Hasyir) menikmati makanan yang disediakan berupa nasi lemak, air kotak, kuih dan juga choki-choki. 

En. Mohd Zaidi menemani anaknya Harraz disertai bersama Al Hadif.

En. Mohd Haizal meluangkan masa bersama anak-anak (Luqman hafiz, Luqman Arief dan Luqman Hakim) dan isteri.

Keluarga Wan Norhisyam menjamu makanan berserta sedikit penerangan dari jurulatih gelanggang Bukit Katil :).


Jamuan bersama Guru Utama Cikgu Boy dan orang-orang kuat persatuan iaitu Cikgu Omar, En, Hafiz Polis, En. Kamarul dan En. Nasaei.




Tuesday, January 14, 2020

UJIAN JURUS ULANGAN

Pada 12 Januari 2020 telah diadakan ujian jurus ulangan bagi pelajar yang tidak dapat hadir pada majlis ujian jurus yang lalu disebabkan oleh urusan mustahak.

 Terima kasih kepada Cikgu Omar kerana hadir memberi sokongan dan bekorban sedikit masa beliau untuk menjadi panel ujian walaupun untuk menguji seorang pelajar sahaja. Terbaik.

 Adik Fawwzan sedang diuji gerak jurus dengan ditemani oleh adik Muzhaffar.

Buah setiap jurus sedang diuji.

Saturday, January 4, 2020

MESYUARAT AGONG PERSATUAN SENI GERAK WARISAN LIAN KALI PERTAMA

Tarikh : 4 JANUARI 2020
Hari : SABTU
Tempat : Gelanggang Bukit Katil
Masa : 9:00 malam


Terima kasih kepada Guru Utama dan ahli-ahli yang hadir bagi menjayakan mesyuarat ini. Terima kasih juga kepada En Naim kerana menyediakan makanan bagi mesyuarat kali ini, Berikut adalah ahli-ahli yang hadir:
EN. NORHIZAD BIN MUSTAPHA (CIKGU BOY), EN. MOHD HAFIZ KAMARUDIN 
EN. OMAR SHARIFF BIN ABD RAZAK, EN. MUHAMMAD AYUB MAIDIN, EN. MUHAMMAD HAFIZ OSMAN, EN. YUSMADY BIN MOHAMED ARIFIN, EN. ABDUL HALIM BIN SULAIMAN, EN. KAMARUL BIN ARSHAD, EN. AHMAD SYUKRI BIN HAMID
EN. MUHAMMAD RAHIMI BIN OSMAN, EN. ABDUL AZIM BIN MD. ARIS
EN. MOHD NASAEI BIN MANSOR, EN, MOHD NAIM BIN ABDULLAH, EN. SAIFUL AFIFI B. MOHD JOHAN

En. Omar Shariff selaku Pengerusi mempengerusikan mesyuarat.
Bincang santai-santai.
Makan dulu
Bincang
Serius...

AHLI-AHLI JAWATAN KUASA BARU BAGI SESI 2020

PENASIHAT/GURU UTAMA: EN. NORHIZAD BIN MUSTAPHA (CIKGU BOY)
PENGERUSI: EN. OMAR SHARIFF BIN ABD RAZAK
TIMB. PENGERUSI: EN. MOHD HAFIZ KAMARUDIN 
SETIAUSAHA : EN. YUSMADY BIN MOHAMED ARIFIN
TIMB. SETIAUSAHA: EN. MOHD NASAEI BIN MANSOR
BENDAHARI : EN. ABDUL HALIM BIN SULAIMAN

AJK: 
EN. MUHAMMAD HAFIZ OSMAN
EN. KAMARUL BIN ARSHAD
EN. AHMAD SYUKRI BIN HAMID
EN. MUHAMMAD RAHIMI BIN OSMAN
EN. SAIFUL AFIFI B. MOHD JOHAN
EN. MOHD NAIM BIN ABDULLAH