SEJARAH LIAN

SEJARAH LIAN (BUAH PUKUL)
                           
Sejarah awalnya seni ini dibawa ketanah melayu oleh pedagang china iaitu pedagang Islam berasal dari Yunan bernama SYED ABDUL RAHMAN pada kurun ke-18,beliau berketurunan Saidina Samaun al-Radzi,pengasas sebenar seni ini. Asalnya ada 2 bentuk permainan lian ini iaitu seni lian yunani dan seni lian kwantung. Sejarah mencatatkan satu insiden berlaku di tanah perlabuhan Singapura dimana pedagang ini (Syed Abdul Rahman) telah berkelahi dengan 8 orang penarik lanca berpunca dari perselisihan faham. Dengan mudah Syed Abdul Rahman mangalahkan 8 orang tersebut.

Berita itu sampai ke pengatahuan Sultan Ibrahim,iaitu Sultan Johor pada masa itu. Lalu baginda menyiasat kehebatan pedagang tersebut dan memerintahkan pengawal peribadinya iaitu DATUK AWANG BIN ALI (AWANG DAIK) untuk pergi menyiasat dan menguji kehebatan pedagang tersebut. Dari firasat Datuk Awang Daik beliau tidak mampu menewaskan kehebatan pedagang yang bernama Syed Abdul Rahman tersebut,lalu meminta izin untuk membawa sahabatnya iaitu PAK LONG MUHAMMAD YASIN YUNUS (PAK LONG) yang merupakan ketua polis Muar.

Setelah bertemu dengan Syed Adbul Rahman,Awang Daik dan Pak Long meminta pedagang tersebut untuk tunjukkan seni beladiri beliau. Setelah beberapa kali akhirnya pedagang tersebut (Syed Adbul Rahman) pun sahut cabaran itu. Setelah bertempur,kedua duanya (Awang Dain dan Pak Long) tumpas/kalah.

Maka dengan itu, untuk menebus kekalahan tersebut, Sultan Ibrahim menitahkan agar kedua dua pendekar Johor itu berguru dengan Syed Abdul Rahman. Pedagang itu dijemput untuk datang ke tanah mersing dan mengajar keduanya disana.
Setelah habis belajar dan dapat kuasai semua jurus,Syed Abdul Rahman dengan rasminya mengijazahkan keduanya (Awang Daik dan Pak Long) untuk mengembangkan seni beladiri ini. Awalnya ianya digelar seni buah pukul Mersing. 

Setelah dikembangkan dan ramai anak muridnya,dan anak muridnya juga kembangkan ditempat masing maka banyaklah aliran buah pukul ini dengan pelbagai nama buah pukul. Hal ini kerana masing-masing mengajar dengan cara sendiri,dengan yang asal,dikaji dan dibentuk maka banyaklah alirannya. Tetapi asal dan zahirnya semua aliran ini asasnya sama sahaja. Sekian lama,Awang Daik telah turunkan kepada anaknya dan mula berkembang ke tanah Rompin Pahang.

Begitu juga Paklong telah kembangkan ditempatnya. Maka banyaklah anak muridnya dan mula berkembang sampai ke Terengganu. Kini seni ini mula berkembang ke semenanjung seperti Pahang, Johor, Terengganu, Kelantan, Selangor, Melaka dan Perak serta di kepulauan burneo seperti Sabah dan Sarawak. Aliran LIAN adalah dari 1 Rumpun yang sama.. Walau pelbagai persatuan yang ada,tapi ia dari akar yg sama, semuanya adalah Bersaudara.
(Ada juga berpendapat seni beladiri ini dipakai dari KERAJAAN JOHOR-RIAU oleh tentera-tentera silam bagi menjaga keamanan negeri dan perairan/termasuk juga negeri2 kejiranannya juga)

Melatih diri dalam Tumpuan, Ketekunan, Tidak Mudah Putus Asa, Ketegasan, Usaha Dalam apa juga Kesukaran, Mendisiplin, Berfalsafah/Bertujuan/punya pegangan diri,dan Sebagainya .

MAKLUMAT TAMBAHAN:

Gerak Beladiri ini tersimpan sekian lama, diajar pada saudara,kenalan,dan orang terdekat sahaja. Hal ini kerana adat gerak beladiri ini ianya tidak ditunjuk, maka tidaklah masyarakat ketahui berkenaan gerak beladiri ini. Dahulu pun gerak beladiri ini diajar ditempat yang tidak  mudah dilihat orang,seperti dalam rumah atau jika digelanggang,gelanggangnya akan ditutupi sekelilingnya.

Maka,orang tidak nampak,nak tahu haruslah datang terus berjumpa dan belajar dengan guru-gurunya. Biasa diguna oleh pelaut2 dahulu kala bagi menjaga laluan utama perdagangan,melawan musuh2 dan beberapa sebab tersendiri lagi.

Tetapi kini Seni Gerak Beladiri Lian / Buah Pukul ini sudah berkembang di semenanjung Malaysia dan mula dikenali serta diterima oleh masyarakat (Alhamdulillah). Kini gerak beladiri LIAN ini telah banyak dikembangkan dengan pelbagai aliran persatuan tetapi masih dibawah aliran Buah Pukul. Pembelajaran yang agak mudah kerana tiada bunga,tetapi kekuatan stamina dan dalaman itu penting.

Seni tempur beladiri ini agak ringkas, tetapi padat dengan gerak buah pukul dan kepantasannya.
Cerita ringkas berkenaan seni beladiri ini ialah  gerak untuk memukul, asal gerak mesti pukul, asal ruang itu peluang.

Asal Datang Disambut,Asal Pulang DiTurut. Kerajinan latihan dan latihan bayang sangat dititikberatkan dalam proses mempelajarinya, gerak hati dan ketajaman mata sangat penting dan  jika kena cara latihan dan kefahaman dalam jurus,tubuh dan anggota akan menjadi multi-fungsi.Pantang Tercuit Mesti Kena.

"Hanya ALLAH sahaja yang mengetahui segalanya dengan terperinci"

DIOLAH DARI SUMBER: SEBUAH BLOG