Hari ini 29/10/2020 dilaksanakan mesyuarat persatuan bil 3/2020. Antara yang hadir adalah Cikgu Omar, En. Halim, En. Amirool, En. Saiful, En. Syukri (Syuk Ejen 005) dan En. Yusmady. Antara perkara yg dibincangkan adalah berkaitan lawatan ke Endau, laporan berkenaan gelanggang baru dan kos wooden dummy utk gelanggang baru.
Thursday, October 29, 2020
Monday, October 26, 2020
PERJALANAN MENCARI GELANGGANG BARU 2
PERJALANAN MENCARI GELANGGANG BARU #1
Pada hari Jumaat 23/10/2020, kamu menuju ke gelanggang Cikgu Huzaifah bagi melawat gelanggang beliau.
Tuesday, October 20, 2020
PINDAH GELANGGANG
Pada 19/10/2020, kene pindah gelanggang sementara waktu kerana pihak pengurusan dewan yang digunakan oleh persatuan telah berubah. perlu penuhi procedur baharu. Kelas anak-anak bermula di dewan ini pada sekitar 31/3/2019. Kelas dewasa juga sekitar tarikh tersebut. Ada kemungkinan perlu mencari gelanggang yang baru. Sempat guna dewan untuk latihan persatuan selama kira-kira 19 bulan (1 tahun 7 bulan). Semoga ALLAH mudahkan segalanya.
Saturday, October 10, 2020
MEMENUHI JEMPUTAN MAJLIS PERKAHWINAN ADIK AHLI PERSATUAN
Hari ini kami memenuhi jemputan perkahwinan adik kepada salah seorang ahli persatuan Seni Gerak Warisan Lian iaitu Syuk (Ejen 005). Di majlis ini dilaksanakan juga pertunjukan solo gerakan lian dari Syuk sendiri. Berikut adalah gambar-gambar dan video di majlis tersebut.
Sunday, October 4, 2020
Sesi Bergambar Syuk dan Geng Melaka Fit Club 8020
Walaupun dengan hanya bergambar diharap ini juga merupakan sedikit sebanyak sumbangan kepada persatuan Seni Gerak Warisan Lian. Paling kurang bertambah orang yang mengetahui tentang kewujudan persatuan Seni Gerak Warisan Lian di Melaka ini. Terima Kasih diucapkan kepada Syuk Ejen 005 ...:). Berikut merupakan sesi bergambar dengan geng Melaka Fit Club 8020 di Kg Kandang. Mungkin akan datang boleh dibuat demo pada geng Melaka Fit Club 8020 pula sebagai promosi kepada Seni Gerak Warisan Lian.