Majlis telah berlangsung pada 19/1/2020 yang bermula pada 900 pagi bertempat di gelanggang persatuan seni gerak warisan lian bukit katil.
VIDEO PERJALANAN MAJLIS
VIDEO PERSEMBAHAN
KEHADIRAN UNDANGAN DAN PENERIMA BENGKUNG
Cikgu Omar antara yang terawal datang selaku pengerusi Persatuan Seni Gerak Warisan Lian.
Sabar menunggu :). Dari kiri En. Kamarul, En. Nasaei dan anak, En. Mohd Zaidi, En. Ahmad sekeluarga dan En. Norazmmi.
Pn Nor Hayati dan Muhammad Mustaqim, En. Mohd Haizal dan keluarga, En Syahrazi antara ibubapa yang senantiasa menyokong aktiviti beladiri anak-anak.
Barisan anak-anak yang bakal menerima sijil dan bengkung putih di majlis ini.
UCAPAN DARI GURU UTAMA DAN PENGERUSI PERSATUAN
En. Norhizad (Cikgu Boy) memberi sepatah dua kata ditemani oleh Cikgu Omar selaku pengerusi persatuan.
Bakal penerima bengkung putih mendengar ucapan dari Guru Utama Cikgu Boy.
Ibubapa yang turut tekun mendengar ucapan.
Barisan ibubapa yang hadir bagi memberi sokongan kepada anak-anak mereka. Memang terbaik pengorbanan kalian semua demi anak-anak.
PESEMBAHAN
Persembahan dimajlis ini dilaksanakan oleh Jurulatih gelanggang bukit katil (En. Yusmady) yang mempersembahkan gabungan gerakan buah tunggal dan juga permainan tekpi. Persembahan kedua dilakukan oleh En. Kamarul selaku Jurulatih gelanggang Tampin yang mempersembahkan gabungan gerakan lian. Persembahan ini adalah bagi menceriakan majlis dan juga untuk memberi semangat kepada anak-anak dalam mempelajari Seni Beladiri Warisan.
Jurulatih Gelanggang Bukit Katil
Jurulatih Gelanggang Tampin
MAJLIS PENYERAHAN BENGKUNG DAN SIJIL
Anak-anak yang telah lulus ujian peringkat jurus dan berjaya menerima bengkung putih. Tahniah diucapkan.
Penyerahan bengkung dan sijil oleh En. Norhizad (Cikgu Boy) dengan dibantu oleh Cikgu Omar dan En. Hafiz kepada En. Nasei.
Antara anak-anak (Luqman Arief) yang menerima sijil yang diserahkan oleh En. Norhizad (Cikgu Boy).
Satu anugerah yang sangat bernilai. Anak-anak (Al-Hasyir) dipakaikan bengkung sendiri oleh Guru Utama Persatuan (Cikgu Boy) yang merupakan simbolik harapan yang tinggi supaya legasi Warisan Laian diteruskan oleh generasi muda akan datang.
JAMUAN MAKAN
Jamuan makan yang ringkas tetapi bermakna juga disediakan oleh persatuan untuk para pelajar dan juga ibu bapa.
Pembahagian makanan kepada para penerima bengkung. Kena berbaris barulah berdisiplin :). Diagihkan oleh En Yusmady selaku jurulatih gelanggang Bukit Katil dan dibantu oleh En. Nasaei selaku Timb. Setiausaha persatuan.
Anak-anak (Muzhaffar, Muzzammil, Harraz, Al-Hadif dan Al-Hasyir) menikmati makanan yang disediakan berupa nasi lemak, air kotak, kuih dan juga choki-choki.
En. Mohd Zaidi menemani anaknya Harraz disertai bersama Al Hadif.
En. Mohd Haizal meluangkan masa bersama anak-anak (Luqman hafiz, Luqman Arief dan Luqman Hakim) dan isteri.
Keluarga Wan Norhisyam menjamu makanan berserta sedikit penerangan dari jurulatih gelanggang Bukit Katil :).
Jamuan bersama Guru Utama Cikgu Boy dan orang-orang kuat persatuan iaitu Cikgu Omar, En, Hafiz Polis, En. Kamarul dan En. Nasaei.