Wednesday, February 12, 2020

BERJAYA AKHIRNYA BUKA AKAUN PERSATUAN

Alhamdullillah...akhirnya berjaya buka akaun untuk persatuan. Dari pukul 11 am hingga dekat pukul 1 pm di Maybank Bukit Baru. Akaun sekarang dah makin canggih. Dah pakai qr code untuk sesiapa masukkan duit ke dalam akaun. Tapi kene ada maybank2u apps la..Berikut adalah qr code untuk akaun persatuan Seni Gerak Warisan Lian. Sesiapa yg nak beri sumbangan demi kelangsungan seni warisan bangsa, boleh la scan qr code tersebut menggunakan hand phone.


Sunday, February 9, 2020

BUKA AKAUN PERSATUAN


Hari ini Pengerusi (Cikgu Omar), Bendahari (En. Halim) dan Setiusaha (En Yusmady) persatuan seni gerak warisan pergi ke Maybank Islamic di Bukit Baru bagi melaksanakan proses pembukaan akaun semasa bagi persatuan. Bukan senang nak berkumpul ketiga-tiga orang bagi membuka akaun ini. Memang suatu cabaran he..he... Namun harus ditempuhi juga bagi kesinambungan persatuan pada masa akan datang dengan sinar yang lebih gemilang. Kami hanya bantu menyediakan tapak bagi generasi akan datang yang akan menyambung legasi Seni Gerak Warisan Lian ini. Di harap ALLAH akan kira ini juga sebagai satu amalan kebaikan untuk kami selamat di akhirat sana. Sebaik-baik pemberi balasan hanyalah ALLAH Yang Maha Esa...Maha Pemberi...Maha Pengampun.

Ini baru proses pertama sebab pihak bank akan meneliti dokumen yang diserahkan kepada mereka. Dalam masa 2 atau 3 hari mereka akan hubungi semula bagi melaksanakan proses seterusnya. Harap-harap semua berjalan dengan lancar. Antara dokumen yang diperlukan untuk membuat akaun semasa persatuan.

1. Isi borang bank
2. Minit Mesyuarat Agong Persatuan.
3. Sijil persatuan ROS yang disahkan oleh ROS
4. Senarai AJK persatuan yang disahkan oleh ROS
5. Surat Mandat
6. Surat dari persatuan untuk membuka akaun bank
7. Salinan Kad Pengenalan
8. Cop persatuan

Sunday, February 2, 2020

SUATU KETIKA DAHULU SEBELUM PEMBUKAAN GELANGGANG BUKIT KATIL

Sebelum gelanggang Persatuan Seni Gerak Lian Bukit Katil di buka, tempat latihan ahli-ahli lian adalah di Gelanggang Utama di Krubong iaitu di rumah Guru Utama Cikgu Boy dan juga di gelanggang perkampungan Hang Tuah Duyong (Atas ehsan Cikgu Huzaifah) sekiranya Cikgu Boy bekerja di luar kawasan.

LATIHAN DI RUMAH CIKGU BOY

En. Yusmady dan Cik Fatin Polis melatih buah untuk jurus.

En. Halim, En. Yusmady, En. Syukri dan En. Kamarul melatih buah bersama-sama.

En. Syukri, Cikgu Boy dan Cikgu Omar. 

En. Yusmady, En. Kamarul, En. Zainal dan En. Remy


Cikgu Boy dan En. Remy

Sesi memanaskan badan

LATIHAN DI GELANGGANG PERKAMPUNGAN HANG TUAH

En. Halim dan rakan-rakan lian.

En. Kamarul dan Cikgu Omar.

Perlu berlatih untuk mahir.

Latihan beramai-ramai.

En. Hafiz dan En. Zainal berlatih untuk bertarung.

En. Sheikh dan Cikgu Omar

LATIHAN TARUNG PELAJAR

Pada sesi latihan untuk tahun 2020, diperkenalkan sesi latihan bertarung bagi memberi pendedahan kepada pelajar keadaan bertarung yang sebenar. Di mana pada pertarungan sebenar, tiada peraturan tertentu digunakan. Pelajar-pelajar terpaksa menggunakan apa yang telah dipelajari dan juga yang dilatih bagi menghadapi situasi sebenar. Aktiviti ini juga bertujuan untuk:

(1) Menghilangkan kegerunan para pelajar terhadap musuh dikala bertempur.
(2) Menambahkan keberanian pelajar-pelajar
(3) Menambahkan yakin diri pelajar dalam mempertahankan diri.

Bagi aktiviti ini peralatan untuk keselamatan para pelajar telah disediakan seperti pelindung badan dan juga sarung tangan bagi mengelakkan kecederaan.

VIDEO LATIHAN TARUNG ("SPARRING")

LATIHAN MINGGUAN PELAJAR SESI 2020

Hari ini iaitu pada 2/2/2020 merupakan hari pertama latihan mingguan pelajar bagi tahun 2020. Jumlah pelajar telah bertambah seramai 4 orang. Jumlah keseluruhan pelajar sekolah yang terlibat adalah 18 orang kesemuanya (Alhamdullillah). Di mana 14 daripadanya telah memiliki bengkung putih setelah lulus ujian jurus dan menerima bengkung putih pada 19/12/2019 yang lalu. Pada minggu ini latihan di bahagikan kepada beberapa sesi seperti berikut:

Sesi 1: Pemanasan badan dan gerakan asas (Titik, Perisai, Tumbuk)
Sesi 2: Ulang Jurus 1 hingga 7 (Bengkung Putih) dan Jurus 1 (Pelajar Baru)
Sesi 3: Lanjutan Buah Jurus (Gabungan beberapa jurus)
Sesi 4: Latihan Tarung (Bagi memberi sedikit pengalaman baru tentang perlawanan sebenar)

Latihan kali ini jurulatih gelanggang Bukit Katil (En. Yusmady) dibantu oleh rakan Lian iaitu En. Nasaei. Terima kasih diucapkan.

VIDEO LATIHAN