Sunday, February 9, 2020
BUKA AKAUN PERSATUAN
Hari ini Pengerusi (Cikgu Omar), Bendahari (En. Halim) dan Setiusaha (En Yusmady) persatuan seni gerak warisan pergi ke Maybank Islamic di Bukit Baru bagi melaksanakan proses pembukaan akaun semasa bagi persatuan. Bukan senang nak berkumpul ketiga-tiga orang bagi membuka akaun ini. Memang suatu cabaran he..he... Namun harus ditempuhi juga bagi kesinambungan persatuan pada masa akan datang dengan sinar yang lebih gemilang. Kami hanya bantu menyediakan tapak bagi generasi akan datang yang akan menyambung legasi Seni Gerak Warisan Lian ini. Di harap ALLAH akan kira ini juga sebagai satu amalan kebaikan untuk kami selamat di akhirat sana. Sebaik-baik pemberi balasan hanyalah ALLAH Yang Maha Esa...Maha Pemberi...Maha Pengampun.
Ini baru proses pertama sebab pihak bank akan meneliti dokumen yang diserahkan kepada mereka. Dalam masa 2 atau 3 hari mereka akan hubungi semula bagi melaksanakan proses seterusnya. Harap-harap semua berjalan dengan lancar. Antara dokumen yang diperlukan untuk membuat akaun semasa persatuan.
1. Isi borang bank
2. Minit Mesyuarat Agong Persatuan.
3. Sijil persatuan ROS yang disahkan oleh ROS
4. Senarai AJK persatuan yang disahkan oleh ROS
5. Surat Mandat
6. Surat dari persatuan untuk membuka akaun bank
7. Salinan Kad Pengenalan
8. Cop persatuan