Minggu ini latihan anak-anak dibahagikan kepada 4 sesi. Sesi 1 adalah ulangan jurus 1 hingga jurus 7, bagi memantapkan dan mengingati semula semua jurus-jurus yang telah dipelajari. Dengan harapan pelajar-pelajar akan menggunakan semasa sesi latihan bertarung. Sesi 2 pula adalah latihan bagi pembelajaran baru iaitu lian peringkat 1 no 1 (Selak Pendek) bagi pemegang bengkung putih. Manakala bagi pelajar baru, jurus 2 (Polek) diajar disamping mengulangi jurus 1 (Pengenalan Tumbuk). Sesi 3 pula adalah latihan bertarung supaya pelajar-pelajar mengaplikasi apa yang telah dipelajari di dalam situasi pertarungan sebenar di mana tumbukan dan tendangan lawan adalah tidak dijangka dan diketahui. Ini juga melatih refleksi para pelajar. Sesi terakhir adalah melibatkan latihan menggunakan "Punching Bag". Yang terakhir ini adalah latihan tambahan bagi yang berminat, tidak semua pelajar-pelajar terlibat. Merupakan aktiviti selepas dah tutup gelanggang..;).
SESI 1 & 2: ULANGAN JURUS-JURUS DAN LATIHAN SELAK PENDEK