Saturday, August 29, 2020
LATIHAN MINGGUAN BERSAMA CIKGU BOY
Tuesday, August 18, 2020
LATIHAN SPONTAN ATAU LATIHAN REFLEK
Kadang-kadang kita yang belajar beladiri tertanya-tanya. Adakah apa yang dipelajari akan keluar bila berlaku pertarungan sebenar? Untuk tahu jawapannya, perlukan latihan dalam keadaan spontan tanpa rancang. Kalau semasa latihan spontan yang keluar adalah gerakan yang dipelajari, itu tanda yang bagus. Maknanya latihan selama ini berkesan. Jika tidak...latihan perlu diteruskan...dan jangan putus asa. Kesimpulan daripada latihan spontan ini adalah....APA SAJA GERAKAN YANG KITA SELALU BERLATIH SECARA BERULANG-ULANG. GERAKAN TERSEBUT AKAN KELUAR SECARA SPONTAN PADA BERTARUNGAN SEBENAR. Maka setiap gerakan beladiri perlu dilatih berulang-ulang sehingga mantap tanpa jemu. Supaya gerakan tersebut jadi sebati dengan diri. Bina "muscle memory". Bak kata guru utama kami.."BIAR JADI PAKAIAN". KEPANTASAN...KEKUATAN DAN KETEPAN GERAKAN perlu dikuasai. Jangan salahkan apa yang dipelajari jika malas untuk berlatih.
"BIAR ULANG BERIBU KALI SATU GERAKAN YANG SAMA...DARIPADA BELAJAR BERIBU-RIBU GERAKAN TAPI TIDAK DIULANG-ULANG LATIHANNYA"
PELAMPAS DAN APLIKASI DARI GURU UTAMA SENI GERAK WARISAN LIAN
Alhamdullilah..pada 15 Ogos 2020 sabtu malam...waktu latihan mingguan persatuan seni gerak warisan lian, dengan murah hati Guru Utama Cikgu Boy datang ke gelanggang untuk berkongsi ilmu. Terima kasih cikgu...dalam kesibukan kerja datang jenguk kami yang masih baru dalam buah pukul ini. Disamping itu persatuan disertai ahli baru berdaftar iaitu En Amir Asyraf (Jurulatih Fitness). Beliau sebenarnya lebih dulu belajar dengan Cikgu Boy masa zaman remaja beliau. Pada kali ini Cikgu Boy telah menunjukkan latihan Pelampas yang perlu dilakukan sebelum memulakan jurus atau lian bagi mengeraskan tangan dan meningkatkan daya refleksi...ketangkasan..kekuatan dan ketepatan pergerakan. Ada 6 asas pelampas yang diajar. Sebenarnya ada banyak lagi. Disamping itu juga ditunjukkan beberapa aplikasi buah pukul yang boleh digunakan. Ringkas dan berkesan. Disertakan video pelampas dan aplikasi yang dilaksanakan oleh Cikgu Boy dan Cikgu Omar.
LATIHAN PELAMPAS
APLIKASI BUAH PUKUL