Alhamdullilah..pada 15 Ogos 2020 sabtu malam...waktu latihan mingguan persatuan seni gerak warisan lian, dengan murah hati Guru Utama Cikgu Boy datang ke gelanggang untuk berkongsi ilmu. Terima kasih cikgu...dalam kesibukan kerja datang jenguk kami yang masih baru dalam buah pukul ini. Disamping itu persatuan disertai ahli baru berdaftar iaitu En Amir Asyraf (Jurulatih Fitness). Beliau sebenarnya lebih dulu belajar dengan Cikgu Boy masa zaman remaja beliau. Pada kali ini Cikgu Boy telah menunjukkan latihan Pelampas yang perlu dilakukan sebelum memulakan jurus atau lian bagi mengeraskan tangan dan meningkatkan daya refleksi...ketangkasan..kekuatan dan ketepatan pergerakan. Ada 6 asas pelampas yang diajar. Sebenarnya ada banyak lagi. Disamping itu juga ditunjukkan beberapa aplikasi buah pukul yang boleh digunakan. Ringkas dan berkesan. Disertakan video pelampas dan aplikasi yang dilaksanakan oleh Cikgu Boy dan Cikgu Omar.
LATIHAN PELAMPAS
APLIKASI BUAH PUKUL