Sunday, September 27, 2020
BUAH PUKUL BERSAMA CIKGU OMAR
Sunday, September 20, 2020
MAJLIS TAHLIL ARWAH IBU CIKGU BOY
Saturday, September 19, 2020
LATIHAN MINGGUAN: 19/9/2020
Alhamdulliah hari ini 6 orang ahli turun berlatih iaitu Cikgu Omar, Yusmady, Syuk (Ejen 005), Abg. Halim, Naim dan Amirool . Antara latihan yang dijalankan adalah Jurus 1 hingga 7 berserta dengan buahnya, Lian peringkat 1 dan juga Lian peringkat 3. Disamping itu Cikgu Omar berkongsi tentang cara menghadapi tendangan menggunakan buah pukul.
LATIHAN MASING-MASING
Wednesday, September 16, 2020
MESYUARAT JAWATAN KUASA PERSATUAN BIL 1/2020
Alhamdullillah satu mesyuarat jawatan kuasa telah berjaya dilaksanakan pada ketetapan berikut:
Tarikh: 15/9/2020 (Selasa)
Masa: 915 malam
Tempat: Gelanggang Persatuan Seni Gerak Warisan Lian, Bukit Katil, Melaka.
Perkara yang dibincangkan adalah berkaitan dengan pemasangan iklan persatuan dan juga lawatan ke Endau bagi melawat gugu-guru buah pukul. Seramai 8 orang JK telah hadir ke mesyuarat tersebut. Alhamdullillah. Antara yang hadir adalah Encik Omar Shariff Abd Razak, Encik Mohd Hafiz Kamarudin, Encik Yusmady Bin Mohamed Arifin, Encik Mohd Nasaei Bin Mansor, Encik Abdul Halim Bin Sulaiman, Encik Mohd Naim B. Abdullah, Encik Saiful Afifi B. Mohd Johan dan Encik Ahmad Syukri B. Hamid. Terima Kasih diucapkan atas cadangan dan masa yang telah diberikan.
MESYUARAT SEDANG BERLANGSUNG
JAMUAN LEPAS MESYUARAT
SERANGAN BERPISAU
Sering mereka-mereka yang belajar seni bela diri atau yang menyertai kursus bela diri bertanyakan tentang "Bagaimana untuk menghadapi serangan musuh yang berpisau?". Bila melibatkan senjata tajam risiko adalah tinggi. Mana-mana orang yang menyerang menggunakan senjata tajam walaupun serangan pakai hantam ikut suka pun adalah amat merbahaya. Cuba anda cuma suruh anak-anak anda penyerang anda menggunakan senjata pisau kayu. Adakalanya anda tidak dapat mengelak dari terkena pisau tersebut disebabkan serangan membuta tuli kadang-kadang tidak boleh dijangka. Beberapa "tips" yang boleh diguna pakai hasil dari pembacaan dan pengalaman mempelajari seni bela diri ini adalah seperti berikut.
"TIPS" ELAK SERANGAN BERPISAU
1. Seboleh mungkin cuba elakkan sebarang pergelutan yang melibatkan senjata tajam. Ingat anda ingin pulang dengan selamat untuk berjumpa dengan orang-orang yang tersayang di rumah. Sekiranya berjaya dielakkan adalah amat bagus sekali. Alhamdulillah.
JIKA TERPAKSA BERGELUT...
2. Jika sempat cuba capai apa-apa objek yang lebih panjang, ini akan memberi kelebihan kepada anda.
3. Pastikan tangan musuh yang memegang senjata disekat, dipegang atau dipukul bagi mengelakkan tindakan seterusnya. Pada keadaan ini, kecederaan kecil mungkin tidak dapat dielakkan. Adalah lebih baik luka sikit ditangan dari luka parah diperut.
4. Cuba sedaya mungkin jatuhkan senjata atau jatuhkan musuh ke tanah @ lantai dan buang senjata musuh sejauh mungkin.
5. Silakan buat sebarang gerakan penyudah yang berkesan bagi memastikan musuh tidak menyerang kembali.
Untuk melakukan "tips" ini dengan lebih berkesan, latihan dan bersediaan perlu juga dibuat. Berikut disertakan video dari Guru Utama kami (Cikgu Boy) dalam menghadapi serangan berpisau.
Friday, September 11, 2020
SESI PERKONGSIAN ILMU: TEKNIK BELA DIRI DI UTEM, MELAKA
Alhamdullillah selesai satu sesi perkongsian ilmu tentang teknik asas bela diri bertempat di Laman Hikmah Universiti Teknikal Malaysia Melaka pada 10/9/2020 1030 pagi. Persatuan kami dihubungi oleh Pn Nurul dan diminta untuk perkongsian ilmu bela diri yang ringkas dan mudah bagi kegunaan mereka mereka yg tiada asas beladiri. Maka kami buat keputusan untuk menunjukkan beberapa teknik ringkas dan mudah dalam MELEPASKAN DIRI dari gengaman musuh. Asalnya persatuan akan diwakili oleh Guru Utama Cikgu Boy dan En Yusmady untuk menunjukkan teknik- teknik tersebut. Namun, Cikgu boy tidak dapat turut serta memandangkan beliau menerima berita kematian ibu beliau...AL FATIHAH...Takziah diucapkan. Namun Alhamdullillah...En Yusmady dibantu oleh En Awe (Imam 2 Masjid batu berendam & Staf UTeM) sebagai pasangan semasa perkongsian ilmu. Malam sebelumnya En Yusmady dibantu oleh En Nasaei dalam membincangkan tentang teknik yg sesuai untuk ditunjukkan dan dikongsi. Terima kasih diucapkan. Diharap perkongsian ini dapat memberi manafaat kepada sesiapa yg melihatnya. Dan juga diharap dapat menjadi pencetus bergembangnya aliran buah pukul di kalangan pelajar universiti terutamanya di Melaka.
En. Yusmady bersama Pn Nurul (Staf UTeM) dan En Awe (Imam 2 masjid batu berendam & staf UTeM)
Wednesday, September 2, 2020
Guru Utama bersama Guru Silat Suffian Bela Diri (Maul Morni)
Cikgu Boy bersama Guru Silat Suffian Bela Diri ....Maul Morni yang terkenal di youtube dan seminar antarabangsa. Kami sebagai anak murid...tumpang bangga. Semoga barisan muda persatuan Seni Gerak Warisan Lian atas tunjuk ajar Cikgu Boy juga turut berkembang. Inshaallah.