Sering mereka-mereka yang belajar seni bela diri atau yang menyertai kursus bela diri bertanyakan tentang "Bagaimana untuk menghadapi serangan musuh yang berpisau?". Bila melibatkan senjata tajam risiko adalah tinggi. Mana-mana orang yang menyerang menggunakan senjata tajam walaupun serangan pakai hantam ikut suka pun adalah amat merbahaya. Cuba anda cuma suruh anak-anak anda penyerang anda menggunakan senjata pisau kayu. Adakalanya anda tidak dapat mengelak dari terkena pisau tersebut disebabkan serangan membuta tuli kadang-kadang tidak boleh dijangka. Beberapa "tips" yang boleh diguna pakai hasil dari pembacaan dan pengalaman mempelajari seni bela diri ini adalah seperti berikut.
"TIPS" ELAK SERANGAN BERPISAU
1. Seboleh mungkin cuba elakkan sebarang pergelutan yang melibatkan senjata tajam. Ingat anda ingin pulang dengan selamat untuk berjumpa dengan orang-orang yang tersayang di rumah. Sekiranya berjaya dielakkan adalah amat bagus sekali. Alhamdulillah.
JIKA TERPAKSA BERGELUT...
2. Jika sempat cuba capai apa-apa objek yang lebih panjang, ini akan memberi kelebihan kepada anda.
3. Pastikan tangan musuh yang memegang senjata disekat, dipegang atau dipukul bagi mengelakkan tindakan seterusnya. Pada keadaan ini, kecederaan kecil mungkin tidak dapat dielakkan. Adalah lebih baik luka sikit ditangan dari luka parah diperut.
4. Cuba sedaya mungkin jatuhkan senjata atau jatuhkan musuh ke tanah @ lantai dan buang senjata musuh sejauh mungkin.
5. Silakan buat sebarang gerakan penyudah yang berkesan bagi memastikan musuh tidak menyerang kembali.
Untuk melakukan "tips" ini dengan lebih berkesan, latihan dan bersediaan perlu juga dibuat. Berikut disertakan video dari Guru Utama kami (Cikgu Boy) dalam menghadapi serangan berpisau.